Saturday, December 10, 2005

kisah si KATak

Petua nak berjaya

Versi katak!!!

Suatu hari,10 ekor katak bertanding untuk menaiki tangga…….siapa sampai dulu kepuncak 50 anak tangga dikira menang…hadiah set karaoke!!
Setelah mendapat kata GO!! Katak-katak tadi berlumbalah…lompat…lompat…
Baru 3 anak tangga,katak-katak yang menonton mengejek-ngejek mereka, ‘apa la duk lumba-lumba tu ..buat penat jer….!!! 4 ekor katak terus berhenti (tarik diri laa)

6 ekor lagi terus melompat ,berlumba-lumba antara satu sama lain, sampai ke anak tangga yang ke 25, terdengar lagi , ‘HOI!!!...buang masa ja korang lumba tuuuu!!!!
Tiba-tiba ,stop!!!!! 3 ekor katak terhenti melompat ….tengok keliling…. ‘eemmmmm…betul gak tu’.Mereka pun keluar…dah separuh jalan pun berhenti jugak…

3 ekor lagi terus berlumba ….dahulu mendahului .Ada seekor katak tu tak berhenti-henti melompat gigih sungguh dia,
Sorakan katak-katak lain makin kuat…’ooiii…letih tuuuuu…..baik berhenti jer!!!.2 ekor katak makin perlahan ….berpandang-pandang sesama sendiri , seekor turun tangga dan tarik diri …..yang seekor lagi makin perlahan menyaingi katak yang gigih tadi. “baik berhenti sajaaaa,dah penat tu,jauh lagi”, kata katak-katak yang menyorok tadi. Terus katak yang seekor tadi berhenti ditangga ke 45 dan tarik diri….sayang betul…..

Cuma katak yang gigih tadi meneruskan lompatan ….tanpa henti ,dan akhirnya terus menang!!!!!!!!..........
Penganjur pun berasa hairan ,kenapalah yang seekor ni gigih sungguh, tak peduli sorakan dan ejekan yang mematikan semangat tadi …nak tahu kenapa????
Rupa-rupanya setelah diperiksa……didapati katak yang gigih itu ….adalah seekor katak yang PEKAAAAAAK!!!!!!!!

Tapi apa yang tersirat disebalik kisah ini adalah…….. untuk mengecap kejayaan tak semudah apa yang kita sangkakan….banyakkkk halangan yang perlu kita hadapi dan segala-galanya bergantung pada diri kita sendiri serta doa yang tak pernah putus!!!
Oleh itu untuk berjaya jangan terlalu peduli dengan cakap orang..buat pekak ajerrr!!!

Sunday, June 19, 2005

Bagaimana menghilangkan Marah

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar
ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan
kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar
pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah
ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau
kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah
pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad
dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam
sebuah bait syair : "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah
telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan
"Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita.
Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada
Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.".
Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan
sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar
dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat,
masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang
yang masih panas. Belum sempatdaging itu diletakkan dihadapan Qias,
tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil
Qais.
Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga
meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata
kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku
bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan
membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin
Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala
kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi
hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan
ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya
perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan"
kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila
sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa
"ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan
melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita
hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala
tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap
biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia
yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah
selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan
membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda
marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang
marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau
anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi
minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat
menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas,
hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila
bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah
dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka
begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka
dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.


@laman naeim

Sunday, June 12, 2005

Nasihat Luqman kepada pengembara

PERJALANAN pada zaman Islam dulu tidak seperti sekarang. Dulu, sesuatu perjalanan mengambil masa panjang. Perjalanannya pula tidak semudah sekarang dengan pengangkutan bermotor dan pelbagai kemudahan di sepanjang laluannya.

Perjalanan pada masa dulu, terpaksa melalui gurun, gunung-ganang dan bukit-bakau. Luqman Al-Hakim yang bijaksana banyak memberi nasihat kepada anaknya sewaktu dalam perjalanan.

Pesanannya itu masih boleh digunakan bagi umat sekarang yang ingin mengembara atau dalam perjalanan.

Luqman berkata kepada anaknya: “Apabila engkau pergi bermusafir, maka janganlah engkau berada di atas binatang tungganganmu.

“Berilah binatang tungganganmu itu, sebahagian daripada rumput itu. Dahulukan dengan memberinya makan dan minum, sebelum dirimu.

“Maka, apabila engkau berada jauh dari rumah orang, hendaklah engkau berjalan-jalan pada waktu malam kerana bumi berlindung dengan malam.

“Sekiranya engkau ingin turun (di suatu tempat), maka janganlah engkau turun di pinggir jalan. Hal ini kerana ia adalah empat tinggal ular dan binatang buas.

“Hendaklah engkau berada setiap ceruk bumi yang indah warnanya, lembut tanahnya dan banyak pula rumputnya, maka turunlah di situ. Apabila engkau telah turun, solatlah dua rakaat sebelum engkau duduk dan bacalah (selepas itu).”

Luqman berkata lagi: “Dan sekiranya engkau ingin membuang air, maka pergilah jauh dari tempat laluan orang dan hendaklah engkau memakai penutup (tubuhmu).

“Apabila engkau ingin pergi dari tempat turun itu, maka solatlah dua rakaat sekali lagi dan ucapkanlah selamat tinggal kepada bumi yang akan engkau tinggalkan itu.

“Sambil itu ucapkan ke atasnya dan ahli penghuninya, kerana setiap ceruk bumi ini ada penghuni dari kalangan malaikat.

“Dan apabila engkau melalui di mana-mana ceruk bumi atau wadi atau bukit-bukau, maka perbanyakkanlah mengingati Allah kerana sesungguhnya ceruk bumi dan bukit-bukau akan saling panggil-memanggil sesama sendiri. Adakah ada orang yang mengingati Allah lalu di hadapanmu hari ini?

“Sekiranya engkau mampu untuk tidak makan makanan sehingga engkau benar-benar merasa lapar, maka buatlah.”

Berkata lagi Luqman kepada anaknya : “Dan hendaklah engkau sering mengingati Allah sepanjang engkau menunggang serta bertasbih sepanjang engkau berpuasa. Dan berdoa sepanjang engkau masih kosong (perut).

“Berhati-hatilah engkau dari berjalan pada awal malam dan hendaklah engkau berjalan pada waktu tengah malam dari pertengahan malam hingga akhirnya.

“Janganlah sekali-kali engkau mengangkat tinggi suara di dalam perjalananmu melainkan dengan berzikir kepada Allah.

“Pergilah bermusafir dengan membawa pedang dan busur panahmu. Banyakkanlah dengan membawa ubat-ubatan bersama, yang dapat engkau gunakannya dan orang lain yang bersamamu daripada sahabatmu yang sakit.”


@laman naeim

Seloka AURAT

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau keras hati gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah pun 'make up'.

Berbaju kurung bukanlah mengurung
Lebih elok jubah jika direnung,
Kaki pula eloklah bersarung,
Agar syaitan susah nak bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai memanglah dipandang jahat,
Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata memandang ketiak seperti ikan lolong

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi juga fikirkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung membinasakan diri,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.


@laman naeim

Wanita Dalam Perubahan Menuju Masyarakat Islam

Allah SWT telah menciptakan dunia dan isinya untuk manusia. Kemudian Dia menciptakan manusia dalam dua jenis (QS.4:1) yang ditakdirkan untuk bekerjasama dalam membina hidup di dunia untuk mencapai keredhaanNya. Kepada manusia dengan dua jenis Lelaki dan Wanita inilah Allah SWT menurunkan syariatNya dan menetapkan berbagai perintah dan larangan untuk keduanya tanpa perbezaan dari sisi bahawa keduanya adalah hambaNya. Allah SWT akan membangkitkan mereka kemudian menghitung amal dan telah menciptakan syurga neraka untuk manusia. Maka Allah SWT telah menjadikan manusia, bukan Lelaki atau Wanita saja, sebagai objek perlaksanaan berbagai taklif (pembebanan hukum). Islam Memandang setiap Persoalan sebagai Persoalan Manusia, bukan Persoalan Lelaki atau Persoalan Wanita.

Manusia diciptakan Allah SWT, baik Lelaki mahupun Wanita, dengan fitrah yang khas berbeza dengan haiwan. Wanita adalah manusia sebagaimana Lelaki. Masing-masing tidak berbeza dari aspek kemanusiaannya yakni sama-sama hamba Allah yang mesti tunduk sepenuhnya kepadaNya apapun perintah dan laranganNya. Wanita tidak melebihi Lelaki, dari aspek kemanusiaannya dan masing-masing telah dipersiapkan oleh Allah untuk bekerjasama mengarungi kancah kehidupan dunia sesuai batas-batas kemanusiaannya. Lelaki dan Wanita telah ditakdirkan untuk hidup bersama dalam sebuah masyarakat. Kelangsungan keturunan manusia juga tak akan terjamin tanpa interaksi yang benar dari keduanya. Oleh kerana itu keduanya harus dipandang sebagai menusia lengkap dengan segala potensinya dan segala kemampuan yang Allah anugerahkan kepada keduanya.

Demikianlah seharusnya hubungan Lelaki dan Wanita dipandang, yakni sebagai manusia hamba Allah SWT yang diwajibkan tunduk patuh kepada syari’atNya, apapun jenis perintah dan larangan. Ketika terjadi pelanggaran hukum-hukum Allah oleh Lelaki maka Wanita juga akan turut rugi. Demikian pula sebaliknya. Apabila seorang anak gadis melacur maka yang rugi bukan hanya dirinya tapi juga bapanya, keluarganya bahkan seluruh masyarakat. Bila seorang Lelaki memperkosa seorang Wanita maka yang mengalami kerugian bukan hanya dirinya tapi sekaligus ibunya, keluarganya dan seluruh masyarakatnya. Inilah gambaran yang Allah berikan sebagaimana firmannya yang bereti:

“Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang zalim saja di antara kamu. Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras siksaanNya”.(TQS.Al Anfal: 25).

Ternyata persoalan Wanita tidak hanya menestapakan Wanita bahkan juga mengancam seluruh manusia, dunia dan akhirat. Jadi jelaslah bahawa tidak ada perkecualian baik Lelaki mahupun Wanita, keduanya bertanggungjawab atas keselamatan masyarakat dari adzab Allah SWT. Orang-orang zalim ada yang Lelaki ada juga Wanita. Pada saat seorang Wanita tidak menutup auratnya, tidak menjaga kehormatannya, tidak patuh kepada suaminya dalam hal yang sesuai dengan perintah Allah dan RasulNya dan tidak beramar makruf nahi munkar maka dia telah berbuat zalim dan kezalimannya itu bila tidak segera diperbaiki akan menghancurkan masyarakat. Demikian jika seorang Lelaki melakukan korupsi, membiarkan isterinya dan anak Wanitanya tidak menutup aurat, makan riba dan tidak menunaikan hak-hak keluarganya maka dia zalim dan kezalimannya pun akan menghancurkan masyarakat secara keseluruhan.

“Sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan barakah kepada mereka dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya” (TQS. Al A’raaf:96).

Jadi dapat disimpulkan bahawa selamat dan hancurnya sebuah masyarakat menjadi tanggung jawab Lelaki dan Wanita, tidak ada perkecualian sedikitpun. Merupakan pandangan yang sempit dan berbahaya pandangan yang mendikotomikan kedudukan Lelaki dan Wanita kerana bertentangan dengan Al Quran dan Sunnah RasulNya. Pandangan seperti ini tidak berasal dari Islam dan sama sekali tidak ada hubungannya dengan ajaran Islam yang lurus.

Islam adalah agama sempurna. Kesempurnaannya sebagai sebuah sistem hidup dan sistem hukum meliputi segala perkara yang dihadapi oleh umat manusia. Firman Allah SWT yang bererti:

"Dan Kami turunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu." (TQS.an-Nahl[16]:89)

Ini bererti, perkara apapun ada hukumnya, apa saja masalah, atau apapun tantangan yang dihadapi kaum Muslim, akan dapat dipecahkan dan dijawab oleh Dinul Islam, termasuk permasalahan Wanita. Sebab, Allah Pencipta Alam menurunkan Islam untuk semua manusia, Lelaki dan Wanita. Hanya saja, jaminan bahawa Dinul Islam mampu menyelesaikan setiap permasalahan manusia baru akan terbukti jika dan hanya jika Islam diterapkan secara kaffah dalam setiap aspek kehidupan manusia, baik pada kehidupan individu, kelompok mahupun masyarakat. Apabila Islam belum diterapkan atau baru sebahagian yang diterapkan, maka ketangguhan Islam sebagai problem solver tidak nampak jelas di tengah kehidupan. Sebagaimana yang terjadi sekarang, sekalipun jumlah orang yang mengaku beragama Islam relatif banyak, di dunia sekitar 1.4 Billion jiwa sementara di Indonesia saja sekitar 200 juta jiwa, tapi ajaran Islam baru diterapkan pada tataran individu. Sedangkan pada lingkup masyarakat, ajaran Islam jauh dari kehidupan.

Sebagai seorang yang meyakini kebenaran Islam, kita memiliki tanggungjawab untuk merealisasikan Islam dalam kehidupan. Caranya dengan mengikuti jejak langkah yang telah ditempuhi oleh Rasulullah SAW, yang telah terbukti membawa Islam diterapkan di tengah-tengah kehidupan. Hanya jalan inilah yang wajib kita ikuti, seperti firman Allah SWT yang bereti:

"Katakanlah, ‘Inilah jalan(dakwah)-ku. Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kalian kepada (agama) Allah dengan hujjah(bukti) yang nyata." (TQS.Yusuf[12]:108)

Juga, firmanNya yang bererti:

"Apa yang diperintahkan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah." (TQS.Al Hasyr[59]:7)

Prasyarat Terjadinya Perubahan

Ada beberapa hal yang harus dipenuhi agar perubahan menuju masyarakat Islam terwujud. Antara lain:

Pertama, penguasaan yang benar terhadap fakta yang sedang berlangsung. Jika umat merasakan bahawa mereka sedang dalam kondisi dizalimi, maka akan ada dorongan untuk melakukan perubahan. Sebaliknya, jika umat sudah merasa puas dengan kehidupan yang sedang dialaminya, menerima dan pasrah pada keadaan, maka sulit akan terjadi perubahan.

Kedua, terdapat gambaran yang jelas dan jelas tentang kehidupan yang akan dituju. Pemahaman yang jelas akan mengarahkan setiap aktiviti yang dilakukan. Sehingga tidak akan dilakukan aktiviti yang tidak mendukung perubahan apalagi yang memperlambat terjadinya proses perubahan. Pemahaman ini pula akan menjadi standard penentu keberhasilan yang telah diraih. Kaum muslim harus memahami dengan jelas bahawa kehidupan yang harus direalisasikan adalah kehidupan di bawah naungan Islam. Perasaan, pemikiran dan aturan yang diterapkan dalam masyarakat sama, iaitu Islam.

Ketiga, terdapat penjelasan tentang cara meraih perubahan. Method yang benar, tepat, dan mendetail akan memudahkan terwujudnya tujuan. Kebangkitan akan terjadi melalui proses penyedaran umat baik tentang fakta yang terjadi mahupun tentang Islam itu sendiri. Proses ini merupakan proses pembinaan yang memiliki target yang jelas iaitu melahirkan individu-individu yang berkeperibadian Islam,rela berkorban, teguh dalam pendirian dan berani menyampaikan kebenaran. Selain itu juga opinion Islam di tengah masyarakat harus terwujud. Dilakukan dengan cara melakukan interaksi yang terus menerus dengan masyarakat sampai terbentuknya kencenderungan umum ke arah Islam. Setelah opinion umum terbentuk, di tengah umat akan muncul dorongan dan tuntutan untuk menerapkan Islam. Inilah awal penerapan Islam yang sesungguhnya atau munculnya cahaya kebangkitan.

Keempat, harus ada orang-orang yang melakukan perubahan. Perubahan tidak mungkin terjadi tanpa ada orang-orang yang melakukannya. Pemikiran yang cemerlang dan method yang terperinci hanya akan sebatas teoritis kalau tidak ada orang yang memperjuangkannya. Pihak yang diseru untuk melakukan perubahan ini adalah setiap orang Islam, baik Lelaki mahupun Wanita, semuanya sama tanpa ada pengecualian. Dalam Al Quran surah At Taubah[9] ayat 71 menegaskan hal ini.

“Dan orang-orang yang beriman, Lelaki dan Wanita, sebahagian mereka menjadi penolong sebahagian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang makruf dan mencegah yang munkar,” begitu firmanNya dalam ayat tersebut. Proses perubahan bukan hanya perlu, melainkan juga wajib. Namun, tidak cukup hanya sekadar faham bahawa hal tersebut wajib. Penting juga difahami bahawa proses perubahan melalui dakwah tidak cukup dilakukan secara individual melainkan wajib dilakukan oleh kelompok yang melakukan aktiviti perubahan tersebut.

Berkaitan dengan masalah ini Allah SWT. menyatakan di dalam surah Ali Imrân[3] ayat 104 yang ertinya:”Dan hendaklah ada di antara kalian sekelompok umat yang menyeru kepada Islam, mengajak melakukan kebaikan, dan mencegah kemunkaran. Mereka itulah orang-orang yang beruntung.” Ayat tersebut menunjukkan :

(1) objek yang diseru untuk aktif dalam kelompok dakwah bukan hanya Lelaki bahkan juga Wanita. Hal ini dilihat dari keumuman seruan dalam ayat tadi.

(2) adanya batasan tentang aktiviti yang dilakukan oleh kelompok dakwah tersebut, iaitu menyeru pada penegakkan Islam bukan aktiviti yang lain. Jadi, selama Islam belum diterapkan di tengah-tengah kehidupan, beban kewajipan tersebut belum gugur. Setiap muslim, termasuk Wanita, sama-sama berdosa jika berdiam diri tidak ikut berperanan aktif dalam aktiviti dakwah dalam kelompok dakwah seperti tadi.

(3) Di antara aktiviti terpenting dakwah secara berjamaah itu adalah aktiviti politik. Hal ini nampak dari aktiviti utama yang digariskan dalam ayat tadi, iaitu menyerukan Islam dan amar makruf nahi munkar kepada siapapun, termasuk penguasa. Berdasarkan hal ini jelas bahawa Islam memberikan peranan kepada Wanita dalam persoalan domestik tetapi juga memberikan kesempatan bahkan mewajibkan untuk berkifrah di sektor publik yang berkaitan dengan penegakan Islam.

Method Perubahan Melalui Masyarakat (At Taghyîr ‘an Tharîq il-Ummah)

Masyarakat bukanlah sekadar kumpulan individu. Lebih dari itu, realiti menunjukkan bahawa masyarakat merupakan kumpulan individu yang hidup bersama dengan memiliki pemikiran dan perasaan yang sama serta diatur oleh sistem aturan yang sama. Jadi, di dalam masyarakat terdapat tiga komponen utama, iaitu :

(1) software berupa pemikiran/pemahaman (mafahim), perasaan (masya’ir) dan sistem aturan yang mengatur pola interaksi warga (anzhimah),

(2) hardware berupa manusianya itu sendiri beserta lingkungannya, dan
(3) menyatunya antara pemikiran, perasaan dan sistem aturan tersebut dalam diri manusianya sehingga semua itu diimplementasikan di tengah masyarakat.

Perubahan masyarakat menjadi masyarakat baru memerlukan perubahan dalam ketiga-tiga komponen tersebut. Persoalannya adalah langkah mana yang harus ditempuh?

Secara i’tiqadiy, setiap aktiviti yang dilakukan kaum muslim harus terikat dengan hukum syarak. Bila tidak, kegagalan tinggal menunggu waktu saja, disamping amalnya akan sia-sia. Oleh kerana itu, sumber sekaligus tolok ukur untuk menentukan jalan yang ditempuh guna mengajak umat ke arah penerapan Islam secara kaffah adalah Al Quran dan As-Sunnah. Langkah-langkah Rasulullah SAW merupakan penerapan dan penjelasan yang bersifat ‘amali atas method yang harus ditempuh. Selain method yang dijalankan oleh Rasulullah SAW adalah method batil dan tertolak. Tidak patut diikuti dan pastilah akan berkonsekuensi pada kegagalan.

Merujuk kepada apa yang dilakukan Rasulullah SAW, nampak bahawa yang pertama kali beliau lakukan adalah pembinaan umat. Sejak ditutus Allah SWT, Rasulullah SAW membina individu-individu saat itu sehingga memiliki keperibadian Islam. Orang-orang yang menerima dakwahnya dikumpulkan di rumah Arqam bin Abi Arqam untuk dikader. Selain itu, orang-orang tersebut berupaya juga untuk menyampaikan dakwah kepada orang lain. Bahkan ada yang diutus, seperti Khabbab bin Arts yang mengajarkan Al Quran kepada Fatimah binti Khathab bersama suaminya.

Terbentuklah kekuatan politik yang dibangunkan oleh Rasulullah SAW. Para sahabat bersatu dalam satu barisan yang kukuh. Bersama-sama menyampaikan dakwah Islam. Dan kelompok para sahabat di bawah pimpinan Rasulullah SAW ini lebih nampak ke permukaan sebagai sebuah kekuatan bersama sejak beliau menerima wahyu dalam surah Al Hijr ayat 94: “Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala yang diperintahkan (kepadamu), dan berpalinglah dari orang-orang musyrik.”

Semua tahu, ketika itu beliau langsung menampakkan risalahnya secara terang-terangan dengan mengajak orang-orang Quraisy pergi berkumpul ke bukit Shafa. Lalu, beliau menyampaikan kepada mereka tentang kenabiannya dan meminta mereka mengimaninya. Berikutnya, beliau dan sahabatnya menentang orang-orang Quraisy, sesembahan mereka, keyakinan-keyakinan dan idea mereka dengan cara menjelaskan kepalsuan dan kerosakannya. Ayat-ayat Al Quran pun turun menyerang kebiasaan mereka, seperti kebiasaan memakan harta riba, menguburkan hidup-hidup anak Wanita, curang dalam timbangan, perzinaan. Juga, Al Quran menyerang para pemimpin dan tokoh-tokoh Quraisy, memberinya predikat sebagai orang-orang bodoh disertai dengan pengungkapan persekongkolan-persekongkolan yang mereka rencanakan untuk menentang Rasulullah SAW, dakwah beliau dan para sahabatnya.

Beliau pun sentiasa berupaya mendapatkan dukungan dari kalangan pemimpin-pemimpin kabilah. Sampai akhirnya, saat masyarakat tidak tahan lagi dengan sistem kehidupan selama ini, mereka menuntut diterapkannya Islam. Sementara, dukungan politikpun telah semakin besar, khususnya dari penduduk Madinah. Allah SWT pun memerintahkan Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Sejak itu terbentuklah tatanan masyarakat Islam. Wahyu pun turun banyak berkaitan persoalan hukum, ekonomi, sosial, pendidikan, pemerintahan dan lain-lain.

Berdasarkan realiti seperti itu, dapat disebutkan bahawa method syar’iy untuk mengubah masyarakat tidak islami menjadi masyarakat islami yang diwujudkan oleh terbentuknya kekuasaan Islam ada 3 tahap.

Pertama, marhalah tatsqif iaitu tahap pembinaan dan pengkaderan. Dari segi individu, pembinaan ditujukan untuk membentuk muslim yang berkeperibadian Islam. Yakni seseorang yang berfikir dan bertindak islami. Pemikiran Islam mencakup pemikiran tentang akidah dan pemikiran tentang syariat. Perubahan pemikiran dengan Islam bererti mengubah akidah masyarakat menjadi akidah Islam, dan aturannya menjadi aturan Islam.

Perubahan pemikiran tentang akidah akan merubah cara pandang seseorang tentang kehidupan. Pandangan mereka tidak sebatas dunia, melainkan mencapai negeri akhirat. Pengakuan bahawa Allah adalah Al Khaliq, satu-satunya yang disembah, dan ditaati aturannya. Kerana keimanan pada Allah berkonsekuensi pada keimanan akan sifat-sifat Allah. Orang beriman akan meyakini bahawa Allah adalah Al Hakim, Al Jabbar, Ar Razaq, Al Muhyi, Al Mumit, dan lain-lain. Keimanan pada hari kiamat dan adanya hisab merupakan pengikat seorang muslim untuk tunduk dan patuh kepada seluruh aturan Allah. Keimanan ini pula yang akan merubah tolok ukur perbuatan, dari asas manfaat ke tolok ukur halal-haram, dari hawa nafsu menjadi sesuai dengan wahyu. Hasilnya, tujuan hidup kaum muslim bukan lagi sebatas meraih kesenangan material, tapi mencapai kebahagiaan yang hakiki, iaitu mendapatkan redha Allah SWT. Dengan akidah Islam yang kukuh, seorang mukmin akan rela untuk meninggalkan kepentingan dan kesenangan yang sementara, kerana yakin ada kenikmatan yang abadi yang hanya diperuntukkan bagi orang-orang beriman dan mentaati Allah SWT. Mereka meyakini bahawa semua yang bernyawa pasti mati dan yang mematikan adalah Allah. Kematian tidak ditakuti kerana pasti datangnya, bahkan mati syahid dalam menegakkan ajaran Allah menjadi dambaan. Ruhul jihad mampu menghilangkan kekhuatiran, godaan dan rintangan dalam usaha memperjuangkan tegaknya syariat Islam.

Ia tidak berfikiran kecuali sesuai dengan ajaran Islam dan tidak bertindak kecuali sesuai dengan syariat Islam. Harus ditanamkan pemahaman akidah yang benar dan kuat beserta segenap konsekuensi dari orang yang telah berakidah Islam, yakni taat kepada syariat. Juga, ditanamkan pemahaman atas syariat itu sendiri dalam persoalan ibadah, pakaian, makanan, minuman, bergaul, bermuamalah dan bernegara. Lebih jauh lagi, pembinaan ini ditujukan untuk menyedarkan masyarakat bahawa seharusnya masyarakat ini diatur sesuai dengan syarit Islam.

Dari segi komuniti, pembinaan kepada umat ditujukan agar setiap muslim yang telah berkeperibadian Islam tadi mengorganisasikan diri untuk terus membina masyarakat secara bersama-sama dan melakukan perubahan secara bersama-sama pula. Perubahan kesedaran masyarakat ditempuh dengan menyampaikan pemikiran Islam ke tengah umat secara terbuka. Hal ini dilakukan dengan pengajian-pengajian di masjid, ceramah umum, dialog, diskusi publik atau kajian di tempat pertemuan lain. Atau penyebaran pemikiran dengan menggunakan media massa, buku, booklet, internet, email dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk mewujudkan kesedaran umum di tengah masyarakat agar dapat berinteraksi dengan umat sekaligus menyatukannya dengan Islam. Melalui perubahan pemikiran tidak islami menjadi pemikiran Islam diharapkan terjadi perubahan masyarakat yang rosak di negara-negara kaum muslimin sekarang ini menjadi masyarakat Islam. Di samping merubah perasaan yang tidak islami di tengah anggota masyarakat yang ada menjadi perasaan yang islami sehingga ia akan redha terhadap apa yang diredhai Allah dan RasulNya serta akan marah dan benci terhadap apa yang dimurkai dan dibenci Allah dan Rasul Nya. Hal ini akan mendorong kaum muslim yang tercerahkan oleh pemikiran Islam untuk sama-sama mencerahkan dan membangkitkan umat dengan Islam, kemudian merubah hubungan yang tidak islami menjadi hubungan yang didasarkan kepada Islam. Pembinaan tidak sekadar ditujukan membentuk peribadi shalih, melainkan kumpulan orang-orang bahkan masyarakat secara umum yang bersatu untuk menerapkan Islam yang diyakininya sehingga terbentuk kekuatan dan dorongan untuk melakukan perubahan masyarakat ke arah Islam hingga terbentuknya masyarakat Islam dalam wujud Daulah Khilafah. Itulah kekuatan politik (Al Quwwatus siyasiyah).

Kedua, marhalah tafa’ul ma’al ummah (berinteraksi dengan masyarakat), iaitu tahap berinteraksi dengan masyarakat dengan ummat agar ummat turut memikul kewajipan dakwah, sehingga akan menjadikannya sebagai masalah utama hidupnya, serta berusaha untuk menerapkannya dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat. Satu hal yang penting diingat, pembinaan dan pengkaderan pun terus berlangsung tanpa henti dalam tahapan ini. Umat secara bersama-sama berjuang untuk menggantikan tatanan lama dengan tatanan kehidupan Islam. Di sini terjadi pergolakan pemikiran dan perjuangan politik. Bila masyarakat secara umum menghendaki diterapkan Islam, maka mereka menuntut penguasa untuk menerapkan Islam. Masyarakat yang telah sedar akan Islam sebagai solusi terus menyuarakan hal tersebut. Berbagai pola interaksi yang tidak sesuai dengan keyakinannya akan ditentang. Bahkan, kekuasaan yang memang merupakan milik masyarakat akan dicabutnya dari mereka yang tidak menerapkan Islam, lalu diserahkan kepada orang-orang yang dipercayainya akan secara jujur menerapkan syariat Islam yang dirindukannya. Bila masyarakat melakukan hal ini, maka tidak ada kekuatan apapun yang dapat menghalanginya. Sebab, kekuasaan adalah milik rakyat yang akan diberikan kepada siapapun yang mereka kehendaki. Dengan demikian, perubahan masyarakat menjadi sistem Islam dilakukan oleh masyarakat itu sendiri. Inilah perubahan masyarakat melalui umat (‘an thariqil ummah).

Dalam kedua tahap ini terjadi perubahan kultural (harakah tsaqofiyah), iaitu perubahan akidah sekularisme menjadi akidah Islam, perasaan non-islami menjadi perasaan islami, tolok ukur dari maslahat menjadi halal-haram, makna kebahagian hidup dari bersifat material menjadi bersifat rohiy untuk mencapai redha Allah SWT, perubahan dari keterikatan terhadap hukum kufur menjadi keterikatan terhadap syariat Islam dan terjadi perubahan sikap dari berdiam diri terhadap jauhnya Islam dari kehidupan menjadi berjuang penuh konsistensi untuk tegaknya syariat Islam. Perubahan kesedaran seperti itu akan terjadi secara perlahan (evolusi). Teladan Nabi jelas menggambarkan hal ini. Kedua tahapan perubahan masyarakat ini beliau tempuh dalam kurun waktu 13 tahun.

Ketiga, marhalah istilamil hukmi, iaitu tahap penyerahan kekuasaan oleh masyarakat dari penguasa yang tidak mahu menunaikan amanatnya untuk menerapkan syariat Islam kepada penguasa baru yang mereka percayai untuk melanjutkan kehidupan Islam dengan cara menerapkan Islam secara utuh serta menyeluruh melalui Daulah Khilafah, lalu mengembangkannya sebagai risalah ke seluruh penjuru dunia. Pada tahap ini, terjadi perubahan struktural. Struktur roda pemerintahan diubah menjadi Islam, semua undang-undang diganti dengan syariat Islam, sistem politik luar negara diubah, sistem pengadilan diubah dari pengadilan sekular menjadi pengadilan Islam dan sistem pendidikan diubah menjadi sistem pendidikan Islam. Ringkasnya, berbeza dengan karakter dua tahap sebelumnya: kultural dan evolusi, pada tahapan ini terjadi perubahan sistem hukum (tasyri’) dan struktural yang dilakukan secara revolusioner, sekaligus! Realiti ini dapat dilihat pada tindakan Nabi SAW saat melakukan perubahan revolusioner ketika menegakkan negara di Madinah.

Satu hal yang patut dicatat, dalam semua tahap di atas, Rasulullah SAW menjalankannya dengan tiga karakter, iaitu gerakan intelektual (fikriyah), politik (siyasiyah), dan tanpa kekerasan (ghairu ‘anf/la maddiyah). Karakter ini pulalah yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim dalam memperjuangkan syariat Islam.

Peranan Wanita Dalam Perubahan Masyarakat

Sudah jelas sekali kewajipan muslimah bukan hanya sekadar fungsinya sebagai ibu (ummun) dan pengatur rumah tangga (rabbatul bait) tetapi juga memiliki tanggungjawab lain yang sama-sama hukumnya wajib, iaitu turut aktif melakukan dakwah baik secara peribadi mahupun secara berjamaah. Dengan kata lain, peranan pertama Wanita muslimah adalah mengurus dan mendidik anak-anaknya. Dia berupaya menjadi pabrik yang memproduksi cendekiawan-cendekiawan dan mujahid pembela Islam. Wanita yang berusaha mempersiapkan anaknya menjadi pejuang Islam telah berkontribusi besar dalam proses perubahan masyarakat.

Peranan kedua, mendidik sesama Wanita. Sekalipun tidak sedikit kewajipan Wanita yang harus ditunaikan dalam keluarganya, namun pasti Wanita pun akan mampu melakukan tugas dakwahnya kerana, Allah Yang Maha Tahu tidak mungkin membebani hambaNya diluar kemampuannya. Hal yang penting difahami seorang muslimah adalah bagaimana cara memadukan seluruh kewajipannya agar dapat terlaksana. Seorang muslimah mesti memiliki pemahaman yang jernih tentang Islam. Dia harus meyakini bahawa Islam adalah rahmatan lil ‘alamin dengan ditegakkannya seluruh hukum Islam. Dia tidak boleh ragu bahawa Islam harus ditegakkan dalam kehidupan sebagai satu-satunya solusi. Iapun harus menyedari bahawa tegaknya Islam tergantung dari perjuangan pemeluknya termasuk kaum Wanita yang jumlahnya setengah dari populasi manusia. Seorang muslimah memahami bahawa dia adalah bahagian dari suatu masyarakat, dia adalah tiang negara. Tidak mungkin tercipta masyarakat Islam dan tegak Daulah Islam jika Wanitanya tidak memahami Islam, tidak mengamalkan Islam, tidak mendakwahkan Islam, tidak mencetak generasi pejuang Islam dan atau tidak mendukung suaminya yang berjuang menerapkan Islam.

Pemahaman yang jelas tadi harus dipadukan dengan gambaran yang jelas tentang apa yang harus dilakukan hingga pemahaman tidak berhenti sekadar pengetahuan melainkan mewujudkan secara nyata dalam kehidupan. Jika tidak, bukan hal yang mustahil ada muslimah yang merasa berat dengan beban dakwah ini dan mencukupkan diri dalam aktiviti rumah tangga. Benar, dakwah itu berat. Namun, alangkah beratnya siksaan di akhirat bagi mereka yang meninggalkan dakwah. Dan, betapa besar malapetaka akan menimpa manusia bila kaum hawa sebagai ibu manusia mengabaikan dakwah.

Muslimah yang memahami apa yang harus dilakukannya dengan sedar dan sungguh-sungguh akan mendidik anak-anak dan keluarganya dengan Islam, serta bahu membahu melakukan hal tersebut dengan sang suami tercinta. Sehingga akan muncul kader-kader pejuang Islam. Selain itu, ia akan berjuang bersama dengan muslimah lainnya untuk melahirkan kader-kader pengembang dakwah dan mewujudkan opinion umum bahawa Islam wajib ditegakkan. Di sela-sela aktiviti sehariannya di rumah tangga ia akan sentiasa berupaya untuk merubah pemahaman umat, saat ia berbelanja di warung, menghantar anak ke sekolah, atau tatkala berbual-bual dengan tetangganya. Semua itu dilakukan dengan target yang jelas, iaitu membentuk opinion umum tentang tegaknya aturan Islam. Jika memungkinkan, dengan sengaja dan terencana dia akan mengadakan program pembinaan di lingkungannya/kawasannya. Boleh membentuk pengajian baru, atau mengisi pengajian yang sudah berlangsung atau sedia ada. Atau kalau belum dapat memberi material ia berperanan mengajak muslimah lain untuk turut mengaji atau menyediakan tempat pengajian.

Bahkan lebih dari itu, peranan ketiga Wanita adalah sebagai sayap kiri masyarakat dalam mewujudkan masyarakat Islam bersama Lelaki. Wanita melakukan peranan yang sama dengan Lelaki dalam usaha menegakkan Islam. Wanita adalah saudara Lelaki. Demikian ungkapan Rasulullah SAW tentang Wanita seperti diriwayatkan dalam shahih Bukhari. Pernyataan seperti ini banyak ditemui dalam sirah dakwah Nabi SAW. Kaum muslimin tidak akan lupa bahawa yang pertama kali mengimani Muhammad ibnu Abdullah sebagai Nabi dan Rasul adalah seorang Wanita yang dijadikan oleh Allah SWT sebagai isterinya, Ibu Khadijah. Beliaulah yang membantu Rasul berdakwah, membelanya, mengeluarkan harta bendanya bagi dakwah dan sangat mencintai suaminya di saat banyak orang memulaukan dan membencinya. Beliaulah yang berada di sisi Rasul dan membela dakwah Nabi dengan tegar tanpa surut sampai akhir hayatnya tiga tahun sebelum hijrah. Sehinggakan suatu ketika Nabi terkenangkan wanita yang sangat dicintainya itu : “Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku saat semua pihak mendustakan, yang mengorbankan hartanya saat semua berusaha mempertahankannya, dan daripadanyalah aku mendapatkan keturunan.” Inilah Sri Kandi muslimah pertama.

Di Mekah dan Madinah bukan hanya Lelaki yang berdakwah bahkan juga Wanita. Saudah binti Zam’ah, setelah memeluk Islam, dia segera mendakwahi keluarganya sampai masuk Islamlah sang suaminya. Bahkan keduanya saling mendukung untuk turut berhijrah ke Habasyah. Demi dakwah, sang suamipun meninggal di negeri Najasyi itu. Akhirnya, kepulangannya ke Mekah Allah SWT menetapkannya sebagai isteri Nabi SAW.

Ummu ‘Ammar (isteri Yasir, ibunya ‘Ammar bin Yasir) adalah orang pertama yang terbunuh fi sabilillah untuk kemudian diikuti oleh suaminya. Demikian pula Fatimah binti Al Khathab yang didampingi oleh suaminya berdiskusi dengan abangnya Umar bin Khathab yang berakhir dengan masuknya Umar ke dalam Islam.

Di kala pasukan Nabi hendak pergi ke Khaibar, pergilah Ummu Sinaan menghadap beliau, meminta disertakan bersama dalam pasukan guna keperluan menjaga minuman, mengubati orang sakit dan orang luka, serta menjaga perbekalan. Permintaan tersebut dikabulkan Rasulullah SAW dengan menyatakan: “Pergilah dengan mendapat barakah dari Allah”.

Peranan keempat wanita dalam perubahan masyarakat adalah berkecimpung dalam politik. Tidak jarang peranan Wanita muslimah ketika itu pada bidang yang berisiko tinggi. Asma binti Abu Bakar bertugas menghantar makanan bagi ayahandanya (Abu Bakar) dan Rasulullah SAW yang tengah bersembunyi di Gua Tsur dalam perjalanan hijrah ke Madinah. Peranan ini sangat berbahaya, sebab bila orang Quraisy mengetahuinya bukan hanya dia yang berbahaya tetapi juga ayahnya dan Rasulullah SAW terancam nyawanya. Tetapi dengan cerdik, Asma berjalan menuju bukit itu sambil mengembalakan kambing. Ia berjalan di depan, kambing-kambingnya di belakang. Dengan cara itu, tidak ada seorangpun menduga bahawa dia sedang menjalankan tugas politik rahsia yang sangat penting dan tidak ada pula yang mengetahui jejaknya sebab terhapus oleh jejak-jejak kambing di belakangnya. Akhirnya, Rasul dan Abu Bakar pun lolos menuju Madinah untuk terus menegakkan Islam oleh negara di Madinah.

Peranan politik lain bagi muslimah adalah mengoreksi penguasa. Seperti bagi Lelaki, Wanita diperintahkan untuk memberi nasihat. Rasulullah bersabda: “Agama itu nasihat”. Ditanyakan ‘Kepada siapa ya, Rasulullah?’ Beliau menjawab: “Kepada Allah, Rasulnya, para pemimpin kaum Muslim dan rakyat mereka” (HR. Bukhari). Diriwayatkan di masa Khalifah Umar pernah seorang Wanita mengoreksi keputusan Khalifah, yakni melarang para Wanita meminta mahar yang tinggi dan bagi yang sudah mendapatkan mahar yang tinggi harus mengembalikannya. Argumentasi Wanita itu, keputusan tersebut bertentangan dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan jika kamu ingin mengganti isterimu dengan isteri yang lain, sedangkan kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil kembali daripadanya barang sedikit pun” (TQS. An Nisâ[4]:20).

Khalifah Umar pun langsung membetulkan keputusannya, dengan mengatakan: “Benar, perkataan Wanita itu!”.

Aktiviti politik Wanita lainnya adalah beraktiviti dalam parti politik. Seperti telah disebut, dalam Al Quran Allah SWT memerintahkan Lelaki dan Wanita untuk berkecimpung dalam parti politik. Firman-Nya:

”Dan hendaklah ada di antara kalin sekelompok umat yang menyeru kepada Islam, mengajak melakukan kebaikan, dan mencegah kemunkaran. Mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (TQS. Ali Imran[3]:104).

Wanita dalam parti politik dapat saja menasihati penguasa, namun aktivitinya yang lebih menonjol adalah aktiviti membina kesedaran politik kaum Wanita. Wanita adalah tiang negara, jika Wanita buta politik maka negara akan lemah. Sebaliknya jika Wanita memiliki kesedaran politik yang tinggi maka negara pasti akan kuat.

Terang sekali, betapa kaum Wanita sayugianya menjadi Sri Kandi Muslimah seperti mereka. Sudah saatnya Wanita menolak kaum hawa didudukkan atau mendudukkan diri sebagai pengeksploitasi berahi, penghibur dengan goyangan dahsyat, menumpukan kekuatan pada kecantikannya dan abai terhadap kehidupan masyarakat yang para warganya ia lahirkan penuh kesusahan.

Dia betul-betul sedar, waktu yang dimilikinya hanya 24 jam. Sementara kewajipan yang harus ditunaikan demikian menggunung. Oleh kerana itu, ia akan sangat menghargai waktu. Tidak mungkin melakukan aktiviti yang mubah apalagi sia-sia. Menonton sinetron, telenovela, drama, juga berleka-leka tidak mejadi kebiasaannya. Dia sentiasa terikat dengan hukum syarak, baik dengan perbuatan mahupun perkataan. Halal-haram menjadi pedoman. Kewajipan selalu diutamakan. Bibirnya sentiasa basah dengan zikrullah. Sejadah senantiasa terhampar untuk bersujud. Rumah selalu ramai dengan bacaan Al Quran beserta kajian isinya. Dia tidak akan menyerah pada rintangan dan halangan. Dia tidak takut akan celaan dan ancaman siapapun yang benci Islam. Janji Allah SWT. sentiasa terpatri di jiwanya hingga terus mendorongnya untuk berbuat. “Dia Yang Maha Gagah akan menolong mereka yang menolong agamaNya”, begitulah isi surah Muhammad[47] ayat 7. Tegaknya Islam di muka bumi menjadi cita-citanya. Redha Allah SWT. merupakan harapannya. Ringkasnya, Wanita Islam adalah Wanita ibadah. Wanita Islam adalah Wanita keluarga. Wanita Islam adalah Wanita sosial. Wanita Islam adalah Wanita ekonomi. Wanita Islam adalah Wanita politik.

Khatimah

Betapa besar peranan Wanita dalam perubahan menuju masyarakat Islam. Dua hal yang penting dicatat, pertama, tugas utama Wanita adalah sebagai ibu dan pengatur rumah tangga (ummun wa rabbatul bait). Ertinya, peranan publik tidak boleh mengabaikan apalagi mengalahkan peranan domestik. Itulah kejuruteraan sosial (social engineering) yang diberikan Allah SWT dalam banyak ayat dan hadis.

Kedua, usaha merubah masyarakat bukanlah sebagai aktualisasi diri atau berharap menjadi penguasa, tetapi semata-mata menunaikan kewajipan dari Allah Pencipta manusia. Wanita tidak perlu menjadi penguasa sebab Rasulullah SAW melarangnya “Tidak akan pernah untung suatu kaum yang menyerahkan kekuasaannya kepada Wanita” (HR. Bukhari). Percayalah, kaum Lelaki muslim yang secara jujur menegakkan Islam akan menebarkan kebaikan, bukan hanya bagi manusia jenis Lelaki dan Wanita, bahkan bagi seluruh alam. Sebab, rahmat itu ada di dalam Islam yang ditegakkan itu sendiri.

Dalam pandangan Islam, siapa yang mengambil keputusan untuk pengaturan urusan umat tidaklah penting. Yang terpenting adalah perspektif yang digunakan dalam pengambilan keputusan, yakni sentiasa berdasarkan ketentuan Allah SWT atau tidak, benar atau salah. Bila perspektif yang digunakan sudah benar dengan tolok ukur syariat Islam, pasti dapat memberikan jaminan keadilan bagi manusia. Siapapun yang mengambil keputusanan hasilnya akan benar dan memberikan keadilan. Sekalipun Wanita yang berkuasa namun bila perspektifnya keliru nescaya akan mendatangkan kezaliman termasuk bagi Wanita itu sendiri. Jadi, persoalannya terletak pada aturan dan perspektif apa yang dipakai, syariat Islam yang mendatangkan kemaslahatan ataukah sistem lain yang membawa kenestapaan. kerananya, dengan meletakkan Wanita sebagai penguasa belum tentu menguntungkan masyarakat, termasuk Wanita. Satu hal yang sudah pasti terjadi adalah melanggar hukum Allah SWT yang akan dibalas kelak di akhirat. Adalah tindakan irrasional mengalahkan sesuatu yang pasti terjadi dengan sesuatu yang belum tentu terjadi.

Wallahu a’lam


@laman naeim

Nasihat untuk srikandi Islam

Isu wanita sering dijadikan isu murahan oleh Barat untuk menyerang ideologi Islam. Sejak dari dahulu, mereka secara terang terangan menyerang Islam yang kononnya selalu mengongkong wanita didalam banyak aspek kehidupan. Mereka berusaha mengubah persepsi umat dengan memperlihatkan seolah-olah mereka memperjuangkan hak wanita, sedangkan hakikatnya merekalah yang paling banyak memperleceh dan merendahkan martabat wanita yang mulia. Mereka sering menonjolkan 'tokoh wanita' idaman mereka sendiri sebagai wadah untuk menyerang ajaran Islam. Taslima Nasreen, sebagai contoh tiba-tiba mendapat pencalonan Hadiah Noble Tahun 2005 kerana tulisannya banyak menyerang dan 'memperbetul' ajaran Islam yang berkaitan dengan wanita. Jadi tidak hairanlah sekiranya akhbar Guardian, dalam laporannya mengenai pergerakan Sisters in Islam begitu ghairah memuji Zainah Anwar dari SIS - "Zainah Anwar is a good Muslim. She is also an outspoken campaigner for women's rights. To many Muslim men in Malaysia and beyond, these two factors are barely compatible" ('Sisters take on scholars in battle for Islam', Simon Tisdall, Guardian Unlimited 1.06.2005). Hakikatnya, isu wanita ini memang sengaja ditonjolkan oleh Barat sebagai api dalam sekam – didalam usaha mereka untuk melahirkan revolusi dalaman pemikiran Islam bagi merealisasikan objektif mereka 'mencairkan' ideologi Islam, agar Islam dapat di 'liberal'kan.

SERANGAN BARAT KE ATAS ISLAM : ISU WANITA

Barat yang amat benci kepada Islam sejak dahulu lagi, telah gagal untuk mengalahkan kekuatan Islam secara fizikal. Sejak dari kesedaran ini, mereka mula mengkaji kekuatan Islam dimana akhirnya mereka mendapati bahawa perlu dilakukan serangan keatas umat Islam dari aspek ajaran Islam itu sendiri. Antaranya, tiga aspek utama yang sering dijadikan 'lubuk' serangan oleh para orientalis barat untuk mengelirukan umat Islam adalah isu jihad, poligami dan emansipasi wanita. Sebagai penaung ideologi kapitalis yang pragmatik dalam perjuangannya, kita perhatikan pula hari ini, Amerika, dalam serangan-serangan ideologinya keatas Islam, sering menggunakan tiga sendi utama - demokrasi, isu wanita dan akauntabiliti pemerintah umat Islam.


Dalam serangan-serangan ini, isu wanitalah yang paling banyak memberi kesan keatas umat Islam sehinggakan kaum wanita yang terpengaruh dengan pemikiran barat ini secara sedar atau tidak telah menjadi proksi barat didalam 'perjuangan' mereka. Dalam sebuah penulisan yang bertajuk 'Afghanistan's Joan of Arc: Dies on the Crucifix of Islam' (Jim Woods, 'Capitalisme Magazine',May 7, 2005) penulis artikel ini telah mengulas penghukuman rejam seorang wanita yang bernama Amina sebagai penzina muhsan (yang telah berkahwin) dengan memuji sistem Barat dan merendahkan Islam. Sikap seperti ini menunjukkan kejahilan dan kebencian barat yang amat sangat keatas sistem Islam. Meskipun bidang kuasa (authority) dan prosidur dalam menjalankan hukuman hudud keatas Amina tidak diperhatikan dengan betul, namun apa yang dijadikan isu bukanlah bidang kuasa atau prosidur tersebut, tetapi hukuman hudud itu sendiri. Penulis, dalam mengakhiri tulisannya mengatakan, "Unlike the legal system in the West which protects the rights of women, Amina's life was subordinated to the needs of the community" (Tidak seperti sistem perundangan di barat yang melindungi hak asasi wanita, nyawa Amina terletak dibawah kehendak masyarakatnya). Dan 'kehendak masyarakat' ini membawa maksud keinginan masyarakat untuk berhukum dengan Islam.

Itulah sikap Barat terhadap Islam - mereka menilai bahawa ideologi merekalah yang terbaik, tetapi pada hakikatnya mereka ini tidak ubah seperti ketam yang menyuruh anaknya berjalan dengan betul. Sautun Nahdhah minggu ini ingin mengajak para pembaca yang budiman untuk sama-sama mengkaji isu ini dengan teliti, berdasarkan rasional dan hukum Allah swt yang suci. Untuk memulakan perbincangan kita, marilah kita melontarkan pandangan kita kepada negara kapitalis barat yang begitu bangga dengan idea kebebasan dan penjagaan hak wanita, yang dijadikan kiblat oleh pejuang 'kebebasan'. Marilah kita merenung...adakah mereka dan sistem mereka layak digunakan untuk menjaga akal, harta, nyawa, keturunan, keamanan, agama dan semua yang dipandang tinggi oleh manusia...atau sebaliknya?


KETAM MENYURUH ANAKNYA BERJALAN BETUL - SISTEM PERUNDANGAN BARAT MENJAGA HAK WANITA?

Barat sering menjadikan isu Islam yang kononnya menindas wanita sebagai sumber utama serangan mereka keatas Islam. Isu Amina sengaja digunakan oleh wartawan barat untuk menghina hukuman rejam kepada penzina. Kapitalisme pada hakikatnya tidak memandang isu seks sebagai suatu masalah yang besar. Penzinaan merupakan satu cara hidup di negara-negara barat. Mungkin keganasan seks masih dianggap sebagai jenayah disana, namun frekuensi kejadiannya memberikan gambaran bahawa ia seolah-olah sudah menjadi 'trend' didalam masyarakat mereka. Marilah kita perhatikan sedikit sebanyak dari contoh yang memanifestasikan hakikat sebenar pandangan barat keatas wanita.

Dalam tahun 2003 sahaja AS menyaksikan 93,233 kes rogol - 63 orang wanita dalam 100,000 telah menjadi mangsa rogol. Pada setiap satu atau dua minit akan ada seorang wanita AS yang diganggu secara seksual dan dalam masa setiap 6 minit 1 kejadian rogol akan berlaku (FBI). Bilangan wanita didera dan dirawat di 'First Aid Centers' melebihi satu juta orang. Dan lebih dari 1,500 wanita dibunuh oleh suami, kekasih dan teman sebilik (The Milenio, Mexico, Sept 26, 2004). Hampir 78% wanita di barat secara fizikal menjadi mangsa gangguan seks sekurang-kurangnya sekali dalam hayat mereka. Tambahan pula, 79% dari wanita barat didera secara seksual sekurang-kurangnya sekali. Kajian yang dilakukan oleh US National Institute of Justice menunjukkan bahawa semasa menghabiskan masa 4 tahun pembelajaran di kolej, 88% wanita menjadi mangsa serangan fizikal atau mangsa seks dan 64% daripada mereka ini pernah mengalami kedua-dua kes. Dekad sebelumnya, kes yang dikendalikan oleh US Equal Employment Opportunity Commission melawan gangguan seksual meningkat 22% (The Sun, July 16, 2004).


Di bumi Uncle Sam sendiri diskriminasi terhadap wanita dalam bidang perkerjaan tidak kurang hebatnya; menurut akhbar The Sun (Julai 16, 2004), kes yang dikendalikan oleh US Equal Employment Opportunity Commission tentang diskriminasi jantina didalam bidang tenaga kerja meningkat 12% dalam masa 10 tahun. Pada tahun 2004, terdapat 2 kes yang menarik perhatian. Ianya berkaitan dengan kes "gender bias" yang melibatkan 1.6 juta pekerja wanita di Wal Mart dan kes yang lain melibatkan 340 staf wanita Morgan Stanley (New York Times, Julai 13, 2004). Wanita yang bidang tugasnya tidak berbeza dengan pekerja lelaki tidak dibayar kadar gaji yang sama - statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh AS menunjukkan bahawa wanita mendapat median gaji 81.1% gaji lelaki.

Penjagaan kesihatan terhadap wanita di AS adalah antara yang paling teruk di dunia; ini diceritakan sendiri oleh Dr. Jody Heyman, dari Harvard School of Public Health. Dari 168 buah negara yang dikaji penulis ini, beliau berkomentar tentang AS sebagai "...far behind the rest ot the World.." (...jauh ketinggalan berbanding negara-negara lain di dunia) (AP Boston, Jun 17, 2004) .

Kanak-kanak juga sering menjadi mangsa jenayah seks di AS. Setiap tahun terdapat kira-kira 400,000 kanak-kanak di AS yang dipaksa untuk terlibat dalam aktiviti pelacuran atau lain-lain urusan yang berkaitan dengan seks jalanan. National Center for Missing & Exploited Children melaporkan bahawa kes kanak-kanak yang digunakan untuk tujuan eksploitasi seks meningkat secara mengejutkan dari 4,573 kes dalam tahun 1998 kepada 81,987 kes 2003 (The USA Today, Feb 27, 2004).

SIAPAKAH BARAT DAN SIKAP SIS

Dalam mengkaji bagaimana barat berusaha untuk menyerang Islam, kita boleh mengambil beberapa contoh yang disarankan penggunaannya oleh Cheryl Bernard dalam tulisannya (Civil Democratic Islam: Partners, Resources and Strategies, RAND Corporation). Diantaranya adalah isu-isu yang biasa mencetuskan perbincangan hangat dikalangan umat Islam, iaitu demokrasi, Hak Asasi Manusia (HAM), poligami, hukuman hudud, isu minoriti, isu pakaian wanita dan isu suami boleh memukul isteri. Dengan isu-isu inilah keraguan akan dimunculkan dikalangan umat Islam terhadap Fiqh Islam itu sendiri. Sekiranya kita melayari laman web Sisters in Islam (SIS) kita akan dapati isu yang sering diperbincangkan berputar disekitar isu yang sama seperti yang digunakan oleh barat untuk menyerang Islam. Lihatlah sahaja penerbitan mereka - semuanya berputar disekitar isu poligami, rogol isteri, isu meringan-ringankan penutupan aurat, isu suami boleh memukul isteri dan hukum hudud. Kita tidak perlu mengkaji dengan mendalam perjuangan SIS untuk melihat kesamaan perjuangan mereka dengan keinginan barat untuk merendahkan Islam, seperti yang dapat kita baca antara lain didalam tulisan Cheryl Bernard. Mereka yang 'berjuang' seperti ini tidak lain tidak bukan merupakan agen, secara sedar atau tidak, kepada ideologi barat dalam usahanya untuk menghancurkan Islam. SIS pada hakikatnya adalah merupakan pejuang ideologi barat yang menempelkan beberapa ayat Al-Quran sebagai dalih penggunaan Islam.

Barat, dalam melaungkan 'hak wanita' sebenarnya telah memanifestasikan sikap hipokrit mereka. Dari statistik yang diuatarakan diatas, jelas menunjukkan bahawa negara yang menjadi kiblat 'pejuang kebebasan' ini adalah tidak lebih dari ketam yang mengajar anaknya berjalan dengan betul. Sikap hipokrit barat dalam melaung-laungkan slogan membela wanita pada hakikatnya adalah "full of sounds and fury but singnifying nothing".

Kemunafikan Barat tentang Islam dan isu wanita ini sendiri terlalu banyak, contoh klasik yang boleh dikaji antara lain adalah kisah Lord Cromer ketika beliau bertugas sebagai General Konsul British di Mesir (1883-1907). Cromer amat yakin dengan pandangannya bahawa Islam dan masyarakatnya adalah kolot dan terkebelakang. Beliau begitu keras kritikannya terutama didalam isu wanita dan bagaimana Islam menangani masalah wanita. Bagi beliau, kekerasan Islam dalam memastikan wanitanya menutup aurat dan tidak bergaul secara bebas dengan kaum lelaki merupakan halangan yang paling besar dalam membangkitkan pemikiran orang-orang Mesir. Beliau yakin hanya dengan penerapan nilai-nilai barat; dengan membuka 'hijab' wanita, barulah kebangkitan orang-orang Mesir dapat dicapai. Dan apakah yang dilakukan oleh Cromer apabila ia pulang ke Britain? Beliaulah orang yang paling keras menentang hak-hak wanita. Beliau mengetuai Men's League for Opposing Women's Suffrage yang menentang wanita dalam mendapatkan hak mereka untuk mengundi!!! (Leila Ahmed, Women and Gender in Islam: Historical Roots of a Modern Debate)

Contoh yang lebih kontemporari boleh dilihat didalam kata-kata dan perlakuan Presiden Uncle SAM, George W Bush. Diantara justifikasi beliau dalam menyerang Afghanistan dan Iraq adalah 'pembebebasan wanita'. Beliau pernah berucap di UN pada September 2002 dengan mengatakan "Respect for women... can triumph in the Middle East and beyond!" (penghormatan keatas wanita...boleh didapatkan di Timur Tengah dan tempat-tempat lain). Beliau menyerang Afghanistan dengan menggunakan ini sebagai salah satu justifikasi, kemudian Iraq ... kita tunggulah samada AS akan menyerang China, kerana polisi satu anaknya yang anti wanita, India kerana kemarahan keatas pembakaran janda dan Britain kerana kadar penghukumannya yang rendah keatas kes-kes rogol....semua atas alasan yang sama – untuk 'membebaskan wanita'!?

ISLAM DAN WANITA.

Banyak batasan yang dikemukakan untuk mendefinisikan apa makna keadilan. Tetapi satu hal pasti tidak akan ditolak - keadilan bagi manusia akan terwujud pada saat hak-hak manusia dapat dipenuhi. Yang kemudian berbeza adalah siapakah yang menentukan hak manusia dan apakah cara yang harus ditempuh untuk memenuhi hak-hak tersebut.

SIAPA YANG MENENTUKAN HAK MANUSIA?

Masyarakat kapitalis-sekular yang menentukan sendiri aturan hidupnya di dunia, pada hakikatnya menentukan sendiri hak manusia yang didakwa memiliki empat kebebasan pokok yang akan melahirkan hak-hak manusia sebagai individu dalam masyarakat dan negara. Mereka sepakat bahawa manusia memiliki kebebasan beraqidah, kebebasan berpendapat, kebebasan hak milik, dan kebebasan bertingkah laku. Cuma mereka tidak sepakat mengenai seberapa jauhkah kebebasan-kebebasan itu wajar dimiliki manusia.

Masyarakat Islam walaubagaimanapun, tidak menentukan sendiri hak-hak manusia. Mereka mengetahui hak-hak mereka melalui petunjuk Allah didalam Al-Qur'an dan Hadis. Mereka yakin bahawa hak dari Allahlah yang paling tepat, yang akan mendatangkan kebaikan bagi individu dan masyarakat dalam kehidupan dunia. Mereka meyakini hal tersebut kerana mereka menerima kebenaran firman Allah :

"(Dan) mungkin kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan mungkin kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" (TMQ Al Baqarah : 216)

Penentuan hak manusia didalam Islam diserahkan sepenuhnya kepada Penciptanya, bukan kepada ahli tafsir lelaki (kerana ada dakwaan kononya ada bias gender dalam tafsir bersifat kelelakian), sehingga dalam masyarakat Islam tidak ada perbezaan pendapat samada seorang pembunuh mempunyai hak untuk hidup atau tidak. Melalui pensyariatan qisas (Al-Quran. 2:178), mereka memahami bahawa pembunuh tidak memiliki hak hidup untuk hidup. Ini adalah kerana Allah telah memberi hak kepada keluarga orang yang terbunuh untuk memutuskan apakah mereka ingin menuntut pembunuh untuk dijatuhi hukuman mati, ataukah mereka memaafkan pembunuh dan ia harus membayar diyat (denda) kepada keluarga orang yang terbunuh. Pada saat keluarga orang terbunuh menuntut hukuman mati keatas pembunuh atau hakim menjatuhkan hukuman mati padanya, itu tidak berarti keputusan tersebut melanggar hak hidupnya. Pada hakikatnya, sipembunuh sudah tidak lagi diberi hak untuk hidup oleh Allah. Sekiranya keluarga orang terbunuh memaafkan, berarti keluarga itu berbaik hati memberikan haknya kepada pembunuh, sama seperti kebaikan orang yang memberikan harta yang menjadi haknya kepada orang lain. Berbeza dengan masyarakat kapitalis, mereka akan berbeza pendapat mengenai hak hidup bagi seorang pembunuh. Perbezaan inilah yang akhirnya 'menentukan' apakah mereka merasa mendapat keadilan atau tidak. Perbezaan seperti ini akan menyebabkan wujud kelompok-kelompok didalam masyarakat kapitalis yang akan terus memperdebatkan hakikat keadilan didalam penghukuman dan perdebatan ini tidak akan pernah selesai.

BAGAIMANA MEWUJUDKAN KEADILAN?

Perbezaan yang terjadi dikalangan masyarakat kapitalis mengenai batas-batas kebebasan manusia untuk menetapkan aturan hidup yang akan menguntungkan dirinya atau kelompoknya, menimbulkan kesulitan pada saat mereka harus menentukan peraturan apa yang harus diterapkan ditengah masyarakat. Aturan yang dianggap adil oleh seseorang mungkin dipandang tidak adil oleh orang lain. Untuk mengurangkan ketidakadilan ditengah masyarakat inilah mereka memerlukan mekanisme pengambilan keputusan oleh majoriti rakyat. Inilah yang melahirkan konsep pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat, yang menjalankan peraturan hidup yang dibuat sendiri oleh majoriti rakyat.

Masyarakat kapitalis memang memerlukan demokrasi, kerana mereka menyerahkan penentuan aturan hidupnya kepada manusia. Sedangkan, pada hakikatnya mereka sepatutnya sedar bahawa hasil dari sistem demokrasi bukanlah suatu keadilan bahkan lebih sering menghasilkan ketidakadilan, termasuk ketidakadilan atas sebab penyalahgunaan sistem ini. Walaubagaimanapun, permasalahan ini mereka justifikasikan kerana sistem kapitalis memang amat memerlukan demokrasi. Hal tersebut tidak terjadi kepada masyarakat Islam. Masyarakat Islam tidak memerlukan demokrasi untuk mewujudkan keadilan bagi seluruh manusia, baik muslim mahupun non muslim, baik lelaki ataupun wanita. Ini adalah kerana masyarakat Iaslam memahami bahwa hak manusia ditentukan oleh Allah dan Allah telah menetapkan cara pemenuhan hak-hak tersebut. Penentuan hak dan kewajiban ini dapat difahami manusia dari hukum-hukum syara' Islam yang digali dari Al-Qur'an dan Hadis. Pelaksanaan syariat Islam ditengah-tengah kehidupan masyarakatlah yang akan menjamin terwujudnya keadilan.

Masyarakat Islam memahami bahawa kunci terwujudnya keadilan di tengah-tengah masyarakat adalah dengan terlaksananya syariat Islam sebagai aturan hidup masyarakat. Hal inilah yang membuat masyarakat Islam dapat menerima kepemimpinan tunggal didalam masyarakat, selama mana pemimpin ini menerapkan hukum Allah, bukan menetapkan aturan yang bersumber dari hawa nafsu manusia. Oleh itu, yang harus dilakukan untuk memastikan keadilan dapat dikecapi dengan sebenar-benarnya adalah berpegang kepada hukum Allah, bukannya meletakkan sumber hukum keatas tangan rakyat.

ISLAM MENJAMIN HAK-HAK WANITA

Kaum wanita yang menghadapi banyak permasalahan kehidupan dan merasa bahawa masalah tersebut berakar pada perlakuan tidak adil terhadap wanita seharusnya dapat melihat bahwa Islamlah penjamin keadilan yang hakiki. Untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci, berikut dikemukakan beberapa contoh pemecahan masalah-masalah wanita yang menjadi sorotan dunia saat ini menurut syariat Islam:

1) Masalah kemiskinan, pendidikan, kesihatan dan tindakan buruk terhadap wanita.

Dalam pandangan Islam, masalah-masalah ini timbul kerana tiadanya penerapan hukum-hukum yang berhubungan dengan jaminan keperluan asas bagi rakyat. Keperluan asas rakyat meliputi: a) Keperluan asas yang dipenuhi secara individu untuk setiap individu rakyat dan b) keperluan asas masyarakat. Contoh keperluan asas yang pertama adalah makanan dan pakaian. Sedangkan yang kedua meliputi keperluan masyarakat akan keamanan, kesihatan dan pendidikan.

Kemiskinan menurut Islam terjadi pada saat seseorang individu tidak mampu memenuhi keperluan pokoknya (keperluan individu). Kemiskinan pada wanita terjadi pada saat si suami atau walinya (yang berkewajiban memberi nafkah keperluan asas kepada wanita itu) juga miskin. Jalan keluar untuk mengatasi masalah ini sudah tentu bukannya dengan cara memberi modal kepada wanita agar ia dapat meningkatkan keadaan ekonominya kerana hal itu justeru akan menambah bebanan kepada si isteri yang juga mempunyai tanggungjawab di rumah. Penyelesaian yang akan ditempuh adalah dengan menyediakan pekerjaan atau modal kerja kepada si suami atau wali dari wanita itu, agar ia dapat bekerja atau meningkatkan penghasilannya sehingga ia dapat menafkahi isteri dan anak-anaknya atau saudara wanitanya yang menjadi tanggungannya dalam batasan nafkah yang selayaknya.

Demikian pula apabila negara melaksanakan kewajibannya menjamin pendidikan, kesihatan dan keamanan rakyatnya, seperti yang diperintahkan Allah, masalah-masalah buta huruf, buruknya keadaan kesihatan kaum wanita dan masalah gangguan dan keganasan keatas wanita akan pasti berkurang dengan drastiknya.

Didalam Islam, menuntut ilmu adalah kewajiban bagi kedua-dua lelaki dan wanita, dan pendidikan adalah hak setiap warganegara, termasuk didalamnya para wanita. Negara mengelola dan memberi pendidikan secara percuma kepada setiap warganegara. Pendidikan yang diberikan secara percuma ini bertujuan untuk membentuk pola berfikir dan pola sikap (syakhshiyah) Islam kepada anak didik, serta membekal mereka dengan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan kehidupan. Melalui pendidikan ini, seseorang muslim dibentuk menjadi peribadi yang berilmu (intelektual) agar menyingkapi sikap seorang ahli ibadah yang mulia. Dengan kurikulum pendidikan berteraskan aqidah ini akan muncul para saintis, jurutera, doktor dan lainnya yang beriman dan bertaqwa. Wanita tidak sekali-kali akan dihalang untuk mengikuti bidang-bidang pendidikan yang berbentuk profesional ini. Mereka sendirilah yang akan digalakkan untuk memilih pendidikan profesional yang ingin mereka ingini, disesuaikan dengan kewajiban utama mereka sebagai ibu dan pengurus rumah tangga serta menjaga iffah atau kehormatan mereka sebagai wanita.

Mengenai jaminan terhadap keamanan, negara akan memenuhinya dengan membina aqidah umat sehingga mereka menjadi orang-orang yang bertaqwa dan takut akan adzab Allah yang pedih apabila mereka melakukan kejahatan. Sebagai contoh golongan lelaki diwajibkan Allah untuk menundukkan pandangan mereka ketika berhadapan dengan wanita dan wanita pula diwajibkan menutup aurat dengan cara yang betul ketika keluar dari rumah. Selain itu, negara juga menerapkan hukum yang tegas, yang bersumber dari wahyu, untuk bertindak keatas kejahatan-kejahatan yang berlaku tanpa adanya diskriminasi. Selain itu, harus disedari, salah satu dari punca utama berlakunya kejahatan iaitu tidak terpenuhinya keperluan asas manusia, sudahpun diselesaikan oleh negara sejak awal lagi.

2) Masalah penglibatan wanita sebagai pembuat polisi dan keputusan

Tidak seperti masyarakat kapitalis, masyarakat Islam tidak melihat masalah ini sebagai suatu ketidakadilan terhadap wanita. Didalam Islam, pembuat keputusan memanglah hanya dipertanggungjawabkan kepada seorang individu, iaitu pemimpin. Didalam keluarga pemimpinnya adalah suami, ditingkat wilayah, pemimpin masyarakat adalah wali, dan ditingkat negara pemimpinnya adalah Khalifah. Dalam isu-isu seperti ini, lelaki telah diberi hak oleh Allah untuk memikulnya. Semua kedudukan ini memanglah bukan hak untuk wanita menurut hukum syara'. Ketidakadilan hanya berlaku apabila hukum Allah mengenai hak wanita dilanggar. Sebagai contoh, apabila wanita tidak diperkenankan utnuk memberikan sebarang pendapat atau masukan didalam pembuatan keputusan, atau apabila wanita tidak diperkenankan untuk menasihati pemimpin jika pemimpin tersebut menyalahi syariat Allah. Meletakkan label 'zalim' apabila wanita tidak dibenarkan menduduki kerusi-kerusi yang telah ditetapkan oleh Allah sebagai hak keatas lelaki merupakan satu label yang hanya memanifestasikan kejahilan dan penolakan urusan Allah didalam penetapan ini. Wanita tetap bebas menduduki kerusi-kerusi 'kepimpinan' yang lainnya selama ia tidak bertentangan dengan hukum Allah sebagai contoh sebagai ketua di jabatan-jabatan negara yang tidak berkaitan dengan aspek pemerintahan.

Demikianlah contoh penyelesaian permasalahan wanita menurut pandangan Islam. Penyelesaian permasalahan wanita dengan penerapan syariat Islam dalam kehidupan tidak hanya menjamin keadilan bagi wanita, tetapi juga menjamin keadilan bagi seluruh anggota masyarakat. Itulah penjaminan keadilan yang hakiki.

SATU PERSOALAN KEPADA KITA.

Hipokrasi barat dalam 'memperjuangkan' hak wanita adalah merupakan suatu kejelasan yang tidak dapat dipertikaikan lagi. Kenapakah Barat tidak melabelkan Yvonne Ridley, muslimah yang memeluk Islam setelah beliau ditangkap di Afghanistan dan mengatakan bahawa kekeluargaan Islam adalah yang terbaik, sebagai "a good Muslim"? Ramai lagi wanita barat yang memeluk agama Islam dan memperjuangkan Islam di negara barat - ada yang begitu lantang memperjuangkan nasib mereka yang memakai tudung di sekolah-sekolah di Perancis - namun, apa yang mereka katakan sebagai "a good muslim" adalah seorang wanita dari Malaysia yang tidak menutup aurat dan berjuang selari dengan mereka yang ingin menjatuhkan Islam!

Wahai kaum muslimin, selama kita memperjuangkan Islam, kita tidak memerlukan ideologi selain darinya sebagai neraca kehidupan, untuk kesejahteraan lelaki dan wanitanya. Apa yang diperlukan adalah pemahaman dan penerapan hukum Allah yang mulia melalui Daulah Khilafah 'ala Minhaj Nubuwwah yang wajib kita perjuangkan – yang telah sejak begitu lama memperjuangkan hak wanita dan telahpun terbukti, ketika ia masih berdiri, berjaya meletakkan wanita sesuai dengan kedudukannya sebagai muslimah yang dimuliakan Allah. Bukanlah sekadar perjuangan murahan yang mengemis kepada idea barat dengan berlabelkan Islam dan ingatlah sistem kapitalis barat sendiri telah gagal untuk memartabatkan wanita, yang sehingga hari ini terus dijualbeli – apakah layak pemikiran seperti ini diambil sebagai sandaran untuk mengembalikan hak-hak wanita???

@laman naeim

Jawatan Kosong

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian
Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas
untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula
dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA :
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta
(yg banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yg
cantik, hensem atau berbadan tegap
atau seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan
Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput
yang berkaliber datang menjmput


@laman naeim

Friday, June 10, 2005

10 Sifat Wanita Yang Disukai Lelaki

1. Sifat Keibuan

Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap
keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih
sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa
tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan
senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai
melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap
wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

2. Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang
wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka
berasa terhibur dengan keletah anda tetapi tentulah
bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan
hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan.
Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri
kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuatkan
lelaki lebih berghairah.

3. Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai
dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari
perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk
berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika
lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian
tidak terus mengeluarkan kata² yg kasar atau menuduh
bukan² sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

4. Menghargai

Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman
lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn
lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas
dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita
membuat lelaki berasa bangga.

5. Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya
agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan
menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita
tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman,
pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya
dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan
bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung
memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga
menyukainya. Apabila sudah
berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga
penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau
sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg
masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya
anak 3??

6. Pandai Berbicara

Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan
boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai
lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita
tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman
berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan
pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg
baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada
perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan
wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta
boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran
terbuka.

7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri
mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut
tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan
dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn
suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah
cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja
dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

8. Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri
sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai
etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai
keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan
oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu
apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga
maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan
dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan
dirinya sesuka hati.

9. Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat,
simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan
tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan
mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman
pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan
mempesona.

10. Solehah

Lelaki juga suka pada wanita yg solehah (islamic) dan
ini juga adalah salah satu dari tuntutan² syarak.


@laman naeim

Jangan..!

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.


Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.


Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.


Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.


Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.


Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.


Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.


Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.


Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti
kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.


Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.


Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.


Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.


Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.


ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

@laman naeim

Islam: Politik dan Spiritual

Islam: Politik dan Spiritual

Islam mempunyai keunikan berbanding dengan agama mahupun ideologi yang lain. Dari segi wilayah ajarannya, Islam bukan sahaja agama yang menyusuri ruhiyah (spiritual), akan tetapi juga meliputi politik (Siyasah), atau dengan istilah lain Islam adalah aqidah spiritual dan politik. Tetapi, mengapa Islam sering disebut hanya sebagai agama dan bukannya ideologi? Ini kerana akibat dari analogi generalisasi, iaitu usaha untuk memberikan pandangan yang sama-rata, bahawa Islam sama dengan agama yang lain. Kerana, tidak ada agama lain yang mempunyai konsep politik, yang mengatur persoalan kehidupan, maka Islam juga sama. Tentu penafsiran ini sangat berat sebelah dan berbau perlecehan serta dakwaan yang tidak disertai pemahaman yang mendalam tentang Islam. Sebab, kebanyakan mereka yang mengkaji Islam tidak memahami realiti kehidupan dan mereka yang memahami realiti kehidupan tidak berasaskan daripada Islam. Hasilnya tidak pernah memberikan kesimpulan yang lengkap. Masing-masing berjalan dalam ruangan yang salah dan kurang. Namun, anehnya mereka sering mendakwa orang-orang Islam yang berpandangan menyeluruh tentang Islam, sebagai ajaran spiritual dan politik, dikatakan sebagai tindakan apologis (membela/mempertahankan diri). Sekali lagi, mereka menyamakan orang Islam dengan orang Yahudi dan Nasrani yang sememangnya agamanya tidak lengkap, kemudian mereka apologi untuk menutupi kelemahan agama mereka. Jadi, sebenarnya siapa yang melakukan apologi? Orang Islam yang memperjuangkan Islam yang unik atau ‘orang Islam’ yang memperjuangkan Islam secara juz’ie (sebahagian)?

Jadi, adalah menjadi satu kesalahan untuk menyatakan bahawa Islam itu hanya sebagai agama semata dan begitu juga untuk menyatakan Rasulullah SAW di utuskan hanya membawa misi agama dalam erti kata hanya spiritual semata-mata. Namun penyataan seumpama ini adalah salah satu bentuk penyelewengan untuk mengaburi pemikiran umat Islam. Perlu di ketahui juga Parti Politik Islam adalah salah satu metod untuk menyebarkan Islam selain daripada menegakkan daulah al Khilafah.

Mampukah Islam sebagai ideologi spiritual dan politik?

Mampukah Islam sebagai ideologi spiritual dan politik? Persoalan di atas perlu dianalisis dari bukti-bukti normatif, historis dan empirik dengan melihat kepada nas, fakta sejarah kejayaan yang pernah dicatat di dalam lembaran sejarah kegemilangan Islam, sejak dari hari pertama tertegaknya Islam di Madinah sebagai suatu kuasa ideologi sehingga jatuhnya khilafah Islam yang terakhir di Turki pada 3 Mac 1924 hingga sisa-sisa pelaksanaan Islam di negeri kaum muslimin. Tiga bukti-bukti inilah yang akan mampu memberikan gambaran yang nyata kepada kita akan kemampuan Islam sebagai ideologi dunia, samada spiritual mahupun politik.

Secara empirik, kita boleh membuktikan kemampuan Islam sebagai ajaran politik dan spiritual, dengan melihat elemen yang dimiliki oleh Islam, iaitu konsep (fikrah) dan metodologi (thariqah). Konsep ini mencakup:

(1) Aqidah Islam, iaitu keimanan kepada Allah, Malaikat, Rasul, Kitab, Hari kiamat dan Qadha’-Qadar;
(2) Pemecahan masalah kehidupan manusia, iaitu hukum-hukum syara’ yang berkenaan dengan penyelesaian semua masalah manusia, samada yang berkenaan dengan masalah manusia dengan Allah, iaitu ibadah, ataupun masalah manusia dengan sesama manusia, iaitu ekonomi, sosial, politik, pendidikan, penghukuman, dan sebagainya, serta masalah manusia dengan dirinya sendiri, iaitu masalah makanan, pakaian dan akhlaq.

Manakala metodologi pula bermaksud adalah cara bagaimana supaya konsep tersebut boleh diterapkan, dipertahankan dan dikembangkan, iaitu mencakupi :

(1) Metod (kaedah) menerapkan aqidah dan hukum syara’ melalui negara;
(2) Metod mempertahankan aqidah dan hukum syara’, iaitu dengan melaksanakan hukuman (uqubat) kepada orang yang melanggar daripada aqidah dan hukum syara’. Orang yang murtad dibunuh, orang yang melakukan pembangkangan daripada negara akan diperangi, orang yang meninggalkan solat dikenakan ta’zir, orang yang mencuri dipotong tangan, orang yang berzina direjam sampai mati atau disebat hingga seratus kali, orang yang membuka aurat di tempat umum dikenakan ta’zir, orang yang melakukan rasuah dikenakan ta’zir, dan sebagainya. Seluruh penyimpangan daripada hukum syara’ ada hukumannya di dalam syari’at Islam.

(3) Metod menyebarkan aqidah dan hukum syara’, iaitu dengan dakwah dan jihad yang dilakukan oleh khilafah Islam. Dakwah Islam kepada orang non-Islam di dalam negeri adalah dengan cara melaksanakan semua hukum Islam, sehingga mereka boleh menyaksikan cahaya Islam dan akhirnya memeluk Islam:

“Apabila pertolongan dan kemenangan dari Allah telah tiba, maka kalian akan menyaksikan manusia berbondong-bondong masuk Islam.” (An-Nasr: 1)

Sedangkan dakwah Islam kepada orang non-Islam di luar negeri adalah dengan jihad, yang caranya telah ditetapkan oleh Islam dengan 3 tahap iaitu: (1) Diseru untuk memeluk Islam, apabila bersetuju, maka dibiarkan; (2) Apabila tidak bersetuju, akan diseru untuk tunduk kepada pemerintahan Islam dengan cara menerapkan semua hukum Islam yang berkenaan dengan masalah sosial, ekonomi, politik, pendidikan, uqubat (penghukuman), dan hukum-hukum yang lain, kecuali aqidah, ibadah, makanan, pakaian dan pernikahan (nikah dan talak); (3) Apabila tidak bersetuju, akan diperangi hingga habis-habisan, sehingga akhirnya tunduk kepada Islam. Inilah secara ringkas gambaran tentang Islam, dari sisi konsep dan metodologi, secara normatif, yang semuanya ini boleh dilihat dalam kitab-kitab fiqih Islam.

Sedangkan bukti-bukti sejarah, boleh dilihat dalam catatan sejarah sebagaimana yang dibukukan oleh ahli sejarah, samada dalam sirah mahupun tarikh. Seperti Sirah Ibnu Ishaq, Maghazi Al-Waqidi, Thabaqat Ibnu Sa’ad, Sirah Ibnu Hisyam, Tarikh Al-Umam wa Al-Mulk At-Thabari, Tarikh Ibnu Al-Atsir, Tarikh Ibnu Katsir, dan sebagainya. Buku-buku sejarah ini memberikan gambaran yang nyata tentang bagaimana Islam diterapkan sepanjang berabad-abad. Satu catatan yang telah ditinggalkan oleh kegemilangan Islam selama 1300 tahun lebih berdirinya Islam sebagai suatu ideologi antaranya bilangan kes mereka yang dipotong tangan akibat sabit kesalahan mencuri dan dikenakan hukuman hudud terhadap mereka adalah berjumlah 200 kes sahaja. Rekod ini dapat dicapai kerana apabila ideologi Islam ditegakkan di kalangan masyarakat ianya akan membina masyarakat tersebut supaya menjadikan aqidah Islam sebagai qiyadah fikriah (pengendali seluruh pemikiran) mereka. Ini akan melahirkan rasa taqwa di dalam diri individu masyarakat, yang mana taqwa ini akan mencetuskan suatu sifat mengawal diri kepada setiap individu untuk mendorong individu-individu tersebut melaksanakan apa yang diperintah oleh Allah SWT. dan meninggalkan apa sahaja yang dilarang. Begitulah juga masyarakat yang dibina akan membawa pemikiran dan perasaan Islam yang mengaktifkan dan menjadikan mereka peka dengan kerja-kerja amar ma’ruf dan nahi mungkar bagi mengawal masyarakat supaya sentiasa berada di atas syari’at Islam. Adapun yang paling memainkan peranan dalam konteks ini ialah kewujudan konsep dan metodologi Islam di dalam sebuah negara yang akan melaksanakan seluruh sistem Islam. Renunglah kata-kata Khalifah Uthman:

“Sultan akan dapat membetulkan kesalahan yang tidak dapat diperbaiki oleh Al-Quran”

Akhirnya Islam telah dihancurkan oleh musuh-musuh Islam pada tahun 3 Mac 1924, dengan dirobohkannya sistem khilafah Islam.

Sedangkan bukti-bukti empirik, boleh disaksikan hingga saat ini. An-Nabhani memberikan gambaran yang jelas dalam buku beliau, Hadisu As-Shiyam, tentang bukti tersebut. Iaitu ada dua bukti yang hingga kini masih boleh disaksikan lagi: Pertama, peradilan (al-qadha’) yang bertugas menyelesaikan sengketa di tengah masyarakat, samada berkenaan dengan kes masyarakat dengan masyarakat ataupun masyarakat dengan negara; Kedua, pegawai kerajaan (al-hakim) yang bertugas melaksanakan semua hukum Islam di tengah masyarakat.

Mengenai masalah peradilan, catatan sejarah dari zaman Nabi Muhammad SAW. hingga akhir kekhilafahan Islam di Turki, belum pernah ditemui ada satu masalah pun yang diselesaikan dengan menggunakan hukum yang lain, kecuali dengan syari’t Islam. Bahkan, ramai orang non-muslim yang boleh memahami hukum Islam dengan baik, malah di antara mereka ada yang menulis fiqih Islam, seperti Salim Al-Baz. Namun, setelah dipisahkannya mahkamah, menjadi dua, iaitu mahkamah sivil (awam) dan mahkamah syari’at, kerana mengikut Barat, maka ketika itulah ada sejumlah kes yang diselesaikan bukan dengan hukum Islam. Bahkan, dalam masalah penerapan hukum tersebut hingga kini masih diterapkan di negeri-negeri kaum muslimin, meskipun tidak secara keseluruhan. Seperti hukum potong tangan, rejam, sebat masih diterapkan di berbagai wilayah negeri Islam, seperti di Arab Saudi dan lain-lain.

Sedangkan masalah pegawai kerajaan yang bertugas melaksanakan hukum Islam, sebagaimana yang dinyatakan dalam sejarah zaman Nabi hingga akhir kekhilafahan, jelas ada lapan struktur :

(1) Khalifah,
(2) Pembantu di bidang pemerintahan (Mu’awin Tafwidh),
(3) Pembantu di bidang administratif (Mu’awin Tanfiz),
(4) Wali dan Amil,
(5) Badan Pentadbiran (Al-Jihaz Al-Idari),
(6) Panglima perang dan tentera,
(7) Majlis Umat, dan
(8) Peradilan.

Inilah fakta dan bukti-bukti yang secara empirik telah menunjukkan keutuhan Islam sebagai ajaran agama yang menyeluruh, samada yang berkenaan dengan konsep politik dan spiritual. Semuanya diajarkan di dalam Islam.

Harakah Islam

Melihat realiti hari ini di saat tiadanya Khilafah Islam maka kewujudan suatu harakah (parti) yang membawa Islam sebagai konsep (fikrah) dan metodologi (thariqah) secara menyeluruh tanpa adanya kompromi dengan sebarang sistem ciptaan kafir barat adalah diperlukan dalam usaha mengembalikan kehidupan Islam di bawah naungan Daulah Khilafah. Kewujudan pelbagai harakah/gerakan/jamaah diseluruh pelosok dunia memang tidak dapat dinafikan lagi. Kesemua gerakan ini melakukan aktiviti mengikuti sasaran yang mereka inginkan. Di antara harakah-harakah tersebut ada yang bersifat islami dan menjadikan Islam sebagai asas. Namun ada juga yang tidak islami, bahkan memusuhi Islam, seperti partai komunis, partai Wafd di Mesir, partai Ba’ath di Syiria dan Iraq, gerakan Ahmadiah di India dan Pakistan dan sebagainya. Melihat keadaan berbagai gerakan yang ada, dapatlah ditentukan tiga aspek yang menunjukkan identiti sebuah harakah, iaitu:

(1) Mempunyai sasaran (matamat) yang di usahakan dan hendak dicapai oleh sebuah harakah.
(2) Mempunyai bentuk pemikiran yang telah ditentukan oleh harakah dalam aktiviti perjuangannya, dan
(3) Mempunyai arah dan kecenderungan tertentu pada orang-orang yang bergabung di dalam harakah tersebut.

Untuk menentukan identiti suatu harakah agar dapat dikategorikan Harakah Islam, maka ketiga-tiga aspek di atas harus terpenuhi. Dengan kata lain, tidak cukup dengan hanya mempunyai sasaran tujuan yang disahkan dan di akui oleh Islam, tetapi juga harus ditujukan untuk melayani dan mengembangkan Islam. Sebagai contoh, Islam mengakui keberadaan suatu harakah yang bergerak dalam bidang olahraga. Sebab matlamat seumpama ini hukumnya mubah. Tetapi harakah yang bergerak di bidang olahraga seperti ini tidak dapat di sebut sebagai harakah Islamiyah, kerana keberadaannya tidak sampai melayani dan mengembangkan Islam.

Begitu pula halnya dengan aneka ragam harakah Islam yang aktivitinya menitikberatkan pada usaha pemeliharaan/penerbitan Al Quran dan terjemahannya atau penerbitan buku-buku Islam; pembangunan projek dan perusahaan Islam, seperti Bank Islam, Koperasi Islam, masjid-masjid dan sekolah Islam, serta lembaga pendidikan yang sejenisnya; menyalurkan dana kepada fakir miskin, anak-anak yatim, orang-orang cacat, melakukan amar ma’ruf nahi mungkar, menyampaikan nasihat kepada penguasa dan sebagainya. Satu atau lebih dari berbagai macam aktiviti yang telah disebutkan di atas dapat di jadikan target tujuan untuk sebuah harakah Islam. Namun demikian, perlu diingat bahawa target-target tersebut belum cukup untuk melayani dan mengembangkan Islam sehingga seluruh aktiviti harakah terkait erat dengan hukum-hukum Islam. Dengan kata lain, metod yang digunakan harus sesuai dan terikat dengan idea mahupun hukum Islam.

Selain daripada tiga syarat diatas, agar suatau harakah dakwah dapat disebut sebagai harakah Islamiyah, maka keanggotaannya harus pula dari kalangan kaum Muslimin sahaja. Jika suatu harakah terbentuk dari kalangan non-muslim, seperti para orientalis yang mengkaji dan mempelajari khazanah Islam lalu mengeluarkan dan menyebarkan hasil kajiannya setelah terlebih dahulu meneliti dan menganalisisnya, maka harakah semacam ini tidak dapat dinamakan harakah Islamiyah.

Kita juga dapat mengkategorikan Jama’ah Tabligh, Jama’ah Salafiyah, Islam Jama’ah,Jam’atul Muslimin Hizbullah sebagai harakah Islam, sekalipun pada gerakan-gerakan tersebut terdapat kekurangan bahkan kadang-kadang terdapat langkah atau pemikiran yang tidak islami. Jama’ah Tabligh misalnya, mereka mengambil Islam secara juz’ie (sebahagian) dengan menolak untuk membicarakan masalah politik atau menempuh jalan politik dalam berdakwah. Sedangkan Jama’ah salafiyah lebih banyak memfokuskan kepada masalah aqidah, ibadah dan akhlaq. Islam Jama’ah pula suka mengkafir-kafirkan sesama kaum Muslimin yang tidak berbai’at kepada imam mereka, menolak solat di masjid yang imamnya bukan dari golongan mereka. Sementara Jama’atul Muslimin Hizbullah menolak mengakui Rasulullah SAW sebagai tokoh politik, bahkan menurut mereka dalam Islam tidak wujud aktiviti politik.

Di antara berbagai harakah Islam yang bersifat politik dan bergerak di kawasan Timur Tengah serta dunia Islam lainnya tercatat antara lain Jama’ah Ikhwanul Muslimin (Mesir), Hizbullah (Lebanon), Hizbut Tahrir (Jordan), Gerakan Jihad Islam (Mesir), Jabhatul Inqadz Al Islami FIS (Algeria), Parti Islam Se-Malaysia PAS (Malaysia) dan masih banyak lagi harakah Islam yang tersebar di Pakistan, India, Afghanistan, Turki dan tempat-tempat lain di negeri-negeri Islam.

Namun apapun kesemua ini menunjukkan kepada kita kepelbagaian harakah yang ada dengan metodologi yang berbeza sehinggakan ada di antara harakah ini menemupuh thariqah (metod) yang kurang jelas dengan menjerumuskan diri ke dalam sistem-sistem ciptaan khusus barat baik melalui wadah demokrasi mahupun yang sebaris dengannya.

Khatimah

Itulah Islam yang misinya kepada Rasulullah dan umat Islam membawa misi politik dan spritual yang tertuang di dalamnya penyelesaian bagi keseluruhan permasalahan yang dihadapi oleh umat manusia. Apabila dakwah merupakan metod yang disyariatkan agar islam ini dapat dibawa dan disebarkan kepada umat, maka masalahnya kemudian adalah, mungkinkah dakwah tersebut berjalan tanpa ada yang menggerakkanya ? Tentu mustahil. Maka, Allah juga mensyariatkan adanya parti politik, harakah, jamaah atau kelompok dakwah Islam untuk memikul tanggungjawab dakwah tersebut.

Oleh yang demikian itu, wujudnya parti politik, jamaah atau kelompok dakwah yang membawa Islam merupakan kemestian yang tidak dapat dinafikan apatah lagi dalam usaha untuk menegakkan kembali Daulah Khilafah ala minhaj an nubuwwah yang telah lama hilang. Bagaimana dan apakah yang harus ditempuhi kembali kepada apa yang telah ditontonkan kepada kita oleh Rasulullah SAW dan kelompoknya (parti, harakah, jamaah, kutlah) di dalam usaha menegakkan Daulah Madinah. Semoga Allah menpercepatkan kemenangan ini. Wallahu ‘alam.

@laman naeim

Tuesday, June 07, 2005

Tahanan baca al-Quran diseksa

LONDON 2 Jan. - Seorang tahanan warga Britain di pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Teluk Guantanamo, Cuba diseksa selepas membaca ayat-ayat Al-Quran, di atas alasan bercakap adalah dilarang, lapor sebuah akhbar Observer hari ini.
Moazzam Begg memberitahu seorang peguam, beliau diseksa menggunakan satu kaedah penyeksaan yang digunakan di Amerika Latin di mana seorang tahanan digari di sebatang besi dan besi itu diangkat sehingga pergelangan tangan tahanan berkenaan luka, menurut akhbar tersebut.

Begg dilaporkan mendakwa beliau dicukur janggutnya beberapa kali tanpa menerima persetujuannya dan seorang pengawal pernah menyatakan kepadanya bahawa tindakan itu sememangnya menyakitkan hati penduduk Islam.

Pelbagai dakwaan lain telah dibuat mengenai layanan yang diterima di penjara Guantanamo itu dan pangkalan AS di Bagram, Afghanistan kepada peguam, Clive Stafford Smith yang melawat Begg dan seorang lagi tahanan rakyat Britain, Richard Belmar.

Smith telah menyediakan laporan setebal 30 muka berhubung dakwaan penyeksaan daripada Begg serta Belmar dan menghantarnya kepada Perdana Menteri Britain, Tony Blair, kata Observer.

Beeg, 36, ditangkap di Pakistan pada Februari 2002 dan antara sembilan rakyat Britain yang ditahan di Teluk Guantanamo. - AFP

@laman naeim

Saturday, June 04, 2005

Perempuan yang tidak boleh dinikahi

Perempuan yang tidak boleh dinikahi :


a. Perempuan musyrik tidak boleh dinikahi lelaki Islam.

b. Perempuan yang pernah jadi istri bapak kandung, tidak boleh
dinikahi, menurut Ayat 4/22.

c. Orang juga tidak boleh menikahi ibu kandung, anak kandung, saudari
kandung, saudari bapak kandung, saudari ibu kandung, anak saudara
kandung, anak saudari kandung, mertua, anak tiri yang ibunya sudah
dicampuri, yang pernah jadi istri anak kandung. Juga tidak boleh orang
menikahi dua perempuan bersaudari kandung sekaligus. Semua ini
tercantum pada Ayat 4/23.

d. Orang yang pernah berzina, baik lelaki maupun perempuan, tidak
boleh dinikahkan dengan orang beriman, termuat dalam Ayat 2/221 dan 4/23.



@laman naeim

Thursday, June 02, 2005

9 Anak Syaitan

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak
syaitan:

1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat
cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan
membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya
bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak
mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan
hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu
mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri
orang yang berada di tempat-tempat maksiat
(cth:disko,kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan
muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam
dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah,
gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari
kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam
ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar
berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri
bercerai-berai,suami bertindak ganas, memukul isteri,
isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak
didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga
lagi).

8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya
ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan
ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah
api/matahari.

10. Isetan. ( YANG PALING BAHAYA DAN DITAKUTI )

Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh
duniawi.terdapat di sekitar Lembah klang, singapore,
Beijing&.....

Kebaikan: Memberi potongan harga pada Karnival jualan

Keburukan: Melalaikan manusia bershopping sehingga
lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu
kat kereta.

Pesanan ;shopping tu agak2 sikit, jangan sampai
berlebih2an pulak.Membazir itulah sebenarnya amalan
Syaitan.

@laman naeim